Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pasar Ramadan batal: 'Tak wajar bebankan kos pada peniaga'
Diterbitkan:  Apr 20, 2020 5:37 PM
Dikemaskini: 9:40 AM


Bekas menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad menolak tindakan memotong bayaran awal peniaga selepas pasar Ramadan dibatalkan di seluruh negara, termasuk Kuala Lumpur.

Beliau sebaliknya menyarankan kerugian itu “ditanggung secara minimum” oleh Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) atau Kementerian Wilayah Persekutuan “yang telah memberikan harapan bahawa bazar Ramadan akan diadakan tahun ini”.

“Saya berpendapat, DBKL dan penganjur Bazar Ramadan perlu memulangkan keseluruhan bayaran yang diambil termasuk deposit, sewa tapak dan lain-lain fi yang mereka ambil dari peniaga.

“Ini kerana para peniaga bazar ini sangat memerlukan wang ketika negara di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) ini.

“Sudahlah mereka tidak dapat berniaga, duit sewa dan deposit mereka pula dipegang,” katanya.

Soal Pasar Ramadan tahun depan, katanya, perlu diuruskan tahun depan dengan pengundian tapak dibuat semula.

“Tidak wajar wang milik peniaga kecil yang sangat memerlukan wang sekarang ini dipegang sebagai deposit dan tempahan selama setahun,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS