Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Siasatan kes timbalan menteri kesihatan dijangka siap hari ini
Diterbitkan:  Apr 20, 2020 12:32 PM
Dikemaskini: 4:32 AM

Kertas siasatan berhubung kehadiran Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali pada majlis makan di sebuah maahad tahfiz di Perak yang dikatakan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijangka siap hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata kertas siasatan itu akan diserahkan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

“Siasatan sedang aktif dijalankan dan (kertas siasatan) dijangka siap hari ini. Semua kes yang tular seperti ini pasti akan disiasat dan diambil tindakan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Abdul Hamid Bador 

Terdahulu, beberapa gambar dimuat naik Dr Noor Azmi di Facebook mengenai lawatan di maahad tahfiz itu tular di media sosial dan status berkenaan kemudian mendapati reaksi warganet yang mendakwa beliau melanggar PKP, Jumaat lepas.

Media melaporkan Ketua Polis Perak Datuk Razarudin Husain dipetik sebagai berkata siasatan awal mendapati Dr Noor Azmi sebelum itu meninjau kesiapsiagaan kakitangan Kementerian Kesihatan di Lenggong atas kapasitinya sebagai Timbalan Menteri Kesihatan.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS