Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
12 lelaki ditahan terlibat parti liar di Brickfields
Diterbitkan:  Apr 20, 2020 12:03 PM
Dikemaskini: 4:03 AM

Polis semalam menahan sekumpulan 12 individu yang mengadakan parti liar dadah di sebuah kondominium Jalan Ang Seng, Brickfields, Kuala Lumpur.

Mereka yang berusia di antara 17 hingga 33 tahun ditahan dalam serbuan kira-kira jam 1.10 pagi oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Zairulnizam Mohd Zainuddin, berkata bahawa hasil daripada serbuan telah berjaya menahan 12 lelaki bersama empat paket plastik berisi dadah jenis ganja dianggarkan berat 9.5 gram.

Hasil siasatan awal mendapati salah seorang suspek yang ditahan menyewa kondominium tersebut melalui panggilan telefon dan membuat bayaran sebanyak RM178 secara dalam talian bagi tempahan satu malam.

"Dadah yang dirampas juga telah dibawa masuk oleh salah seorang suspek lagi, yang membeli daripada seorang lelaki lain dengan harga RM10 untuk sepaket.

"Peserta yang hadir dijemput melalui aplikasi WhatsApp dan panggilan telefon," kata Zairulnizam sambil menambah bahawa ujian saringan awal air kencing mendapati tujuh daripadanya positif dadah.

Tambahnya, kesemua saspek ditahan reman selam empat hari bermula 19 April hingga 22 April.

Katanya kes itu disiasat mengikuy Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

Setiap suspek turut dikenakan kompaun RM1,000 atas kesalahan 6 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang boleh dihukum di bawah Peraturan 11, peraturan yang sama.

Sementara itu, Zairulnizam juga mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang memberikan maklumat berkaitan parti liar tersebut.

"Pihak polis Brickfields juga menasihati orang ramai supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti jenayah yang melanggar PKP kerana tindakan tegas berlandaskan undang-undang akan diambil kepada mereka yang ingkar," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS