Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
9 premis di Sandakan diarah tutup kerana ingkari PKP

Sembilan premis di Sandakan diarah tutup kerana mengingkar arahan perintah kawalan pergerakan (PKP), kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Dr Christina Rundi.

Beliau berkata kesemua premis berkenaan adalah antara 946 premis yang diperiksa dalam operasi bersepadu diketuai oleh Unit Inspektorat dan Perundangan (UIP) JKNS di seluruh Sabah.

“Premis berkenaan adalah tiga kedai serbaneka, tiga kedai runcit dan masing-masing satu kilang, bengkel, serta kedai makan.

"Arahan penutupan premis berkenaan telah dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Sandakan.

“JKNS telah mengeluarkan amaran sebanyak dua kali tetapi premis berkenaan masih tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan, sebelum diarahkan tutup,” katanya dalam satu kenyataan di Kota Kinabalu hari ini.

Beliau berkata antara yang turut serta dalam operasi bersepadu itu adalah polis, tentera dan pihak berkuasa tempatan dengan kekuatan seramai 165 anggota di seluruh Sabah.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS