Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini hadir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu untuk memberi keterangan berhubung dakwaan melanggar peraturan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Kehadiran Ahmad Samsuri di balai tersebut turut dimuat naik di laman sosial Facebook Polis Terengganu dan beliau dikatakan tiba kira-kira 4 petang.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik yang dihubungi Bernama berkata Ahmad Samsuri hadir untuk memberi keterangan berhubung gambar beliau bersama beberapa lelaki di rumah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

"Ahmad Samsuri telah datang ke IPK untuk memberi keterangan dan bekerjasama. Kita akan siasat kes ini di bawah Seksyen 6 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya.

Pada Jumaat, tular di pelbagai platform media sosial gambar Ahmad Samsuri bersama beberapa lelaki dan beliau didakwa tidak melakukan penjarakan sosial seperti yang disarankan pihak kerajaan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS