Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Syarikat penerbangan boleh jual tiket tapi perlu kebenaran beroperasi
Diterbitkan:  Apr 18, 2020 3:58 PM
Dikemaskini: 7:58 AM

Meskipun selepas perintah kawalan pergerakan (PKP) tamat, syarikat penerbangan masih memerlukan kebenaran daripada kerajaan sebelum sebarang penerbangan kembali beroperasi.

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata demikian hari ini berikutan langkah AirAsia membenarkan pembelian tiket untuk penerbangan domestik.

Semalam, syarikat penerbangan tambang murah itu mengumumkan rancangan memulakan semula operasi pada 29 April, sehari selepas PKP dijadualkan tamat.

"Mereka (syarikat penerbangan) hanya boleh operasi apabila dibenarkan oleh pihak kerajaan.

"Jadi walaupun mereka jual, tapi dari segi operasi mereka akan ditentukan oleh kerajaan.

"Kalau PKP ini tamat sekalipun, seperti yang saya dah sebutkan bahawa ada SOP (prosedur operasi piawai) tertentu yg kita akan perkenalkan .

"...Jadi syarikat dah mula nak jual, tapi kalau sampai tarikh itu kerajaan tidak membenarkan maka kita tidak akan membenarkan penerbangan," kata Ismail.

Ismail juga berkata bahawa beliau tidak tahu sama ada PKP akan dilanjutkan atau tidak.

[Berita lanjut menyusul]



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS