Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Aplikasi Gerak masih di peringkat beta, belum diluluskan MKN

Keterujaan terhadap pelancaran aplikasi Gerak Malaysia Covid-19 yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terbantut selepas Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengatakan belum menilai atau meluluskan aplikasi tersebut.

Aplikasi berkenaan direka untuk membantu pihak berkuasa mengesan dan menganalisis pergerakan pengguna di seluruh negara bagi membantu mencegah penyebaran wabak Covid-19.

Namun, semalam Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menulis di Twitter bahawa aplikasi beta belum dipersetujui oleh MKN kerana pengesanan data lokasi.

"Aplikasi beta mengesan lokasi data.

"Kami sedang membincangkan ciri apa yang dapat diintegrasikan dalam MySejahtera dan MyTrace," tambahnya merujuk kepada dua aplikasi yang ada.

MKN mengesahkan di Twitter bahawa pihaknya tidak menilai atau meluluskan aplikasi tersebut kerana bekerjasama dengan kementerian Khairy untuk menggabungkan kedua-dua aplikasi tersebut.

Baik Khairy mahupun MKN tidak menjelaskan mengenai jangka masa atau pembangunan aplikasi berkenaan.

Pada 26 Mac, Khairy mengumumkan bahawa aplikasi tersebut dibangunkan untuk membantu pencarian kontak dan memungkinkan Kementerian Kesihatan memberi amaran kepada individu yang terdedah kepada jangkitan Covid-19.

Beliau berkata Singapura dirujuk sebagai antara negara yang telah berjaya dari segi pengesanan kontak dan telah melancarkan satu aplikasi telefon pintar yang bernama Trace Together.

Pada Selasa lalu beliau berkata aplikasi itu akan dikirim ke gedung aplikasi iOS dan Android dalam beberapa hari. 

Khairy juga berkata maklumat lokasi tidak akan direkodkan untuk melindungi privasi pengguna.

https://i.ncdn.xyz/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2020/04/e1357e2e552c69415cc8f19bd540b083.jpg


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS