Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Wong Kah Woh disingkir dari Seda
Diterbitkan:  Apr 17, 2020 9:03 AM
Dikemaskini: 1:03 AM

Anggota Parlimen Ipoh Timur Wong Kah Woh berkata beliau secara rasmi dipecat daripada jawatannya sebagai Pengerusi Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Seda) oleh kerajaan baru Perikatan Nasional (PN).

"Saya telah menerima surat penamatan sebagai pengerusi Seda daripada pejabat Menteri Tenaga dan Sumber Asli semalam.

"Penamatan ini tidak mengejutkan dan saya mesti 'puji' 'kecekapan' ditunjukkan oleh kerajaan PN, melalui pelbagai kementerian, kerana mereka masih boleh sibuk dalam memastikan semua perlantikan mereka walaupun negara menghadapi wabak Covid-19, "kata Wong dalam satu kenyataan malam tadi.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pasukannya di Seda atas kerjasama dan kepercayaan yang diberikan mereka sebelum ini.

Menurut Wong beliau percaya Seda telah mengukuhkan pertumbuhan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia seperti dari segi meningkatkan kecekapan, ketelusan dan daya saing.

Antara pembaharuan yang dilakukan katanya, adalah menaik taraf pemeteran tenaga bersih (Nem) yang telah menggalakkan pertumbuhan industri tenaga solar di Malaysia.

Seda juga telah melakukan kajian mengenai penyahkarbonan sektor elektrik di Malaysia, dengan laporan akhir Pelan Peralihan Tenaga Boleh Diperbaharui (RETR) 2035 selesai awal tahun ini, katanya.

Wong dilantik sebagai pengerusi Seda berkuat kuasa 1 Julai 2019, bagi menggantikan Ir Ahmad Fauzi Hasan yang berkhidmat sebagai pemangku pengerusi sejak 2018.

Selain Wong, Anggota Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin juga disingkirkan sebagai pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA) pada 12 April, manakala perkhidmatan Majlis Pengurusan Komunit Kampung (MPKK) di Perak juga ditamatkan pada hari yang sama.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS