Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Talian Kasih terima 135 panggilan sepanjang PKP
Diterbitkan:  Apr 16, 2020 4:14 PM
Dikemaskini: 8:14 AM

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerima 135 panggilan dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).

Perkara ini didedahkan oleh Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Ismail meminta orang ramai untuk bekerjasama dan membuat laporan melalui talian hotline yang disediakan sekiranya mereka mengesyaki bahawa jiran mereka adalah mangsa keganasan rumah tangga.

"Kadang-kadang (mangsa) tidak cukup berani untuk mengadu atau telefon mereka dirampas.

"Kita meminta orang ramai, terutama jiran, jika anda mendengar sesuatu yang mencurigakan, hubungi Talian Kasih," katanya.

Orang ramai boleh membuat aduan kepada Talian Kasih dengan menghubungi 15999 atau melalui aplikasi WhatsApp di nombor 019-261-5999.

Sementara itu, Ismail berkata isu berita palsu masih timbul. Katanya, kejadian terbaru melibatkan dakwaan bahawa Fasa 3 PKP tidak diwartakan dan oleh itu tidak dapat dilaksanakan.

Ismail menafikan dakwaan itu.

Setakat ini, pihak berkuasa telah membuka 220 kertas siasatan berkaitan dengan wabak Covid-19, katanya.

Daripada jumlah berkenaan, 24 telah didakwa di mahkamah dan 13 daripada mereka sudah disabitkan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS