Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Covid-19: India tuduh pemimpin Tabligh bunuh tanpa niat

GLOBAL l India mengemukakan pertuduhan membunuh tanpa niat terhadap seorang pemimpin Islam kerana mengadakan perhimpunan bulan lalu yang menurut pihak berkuasa punca lonjakan besar dalam jangkitan koronavirus, kata polis.

Ibu pejabat kumpulan Tablighi Jamaah di pinggir Delhi ditutup dan ribuan pengikut, termasuk mereka dari Indonesia, Malaysia dan Bangladesh, dibawa untuk dikuarantinkan setelah didapati mereka menghadiri perjumpaan di sana pada pertengahan Mac.

Polis pada mulanya mengemukakan pertuduhan melanggar larangan mengadakan perhimpunan secara besar-besaran ke atas Muhammad Saad Kandhalvi, ketua pusat itu, tetapi sekarang mengenakan pertuduhan membunuh tanpa niat, kata seorang jurucakap polis.

"Polis Delhi telah memfailkan laporan maklumat pertama ke atas pemimpin Tablighi itu, sekarang tambahan Seksyen 304 pula dikenakan," kata petugas itu, merujuk kepada Kanun Keseksaan negara itu yang membawa hukuman penjara maksimun sehingga 10 tahun.

Jurucakap kumpulan Tablighi Jamaah, Mujeeb-ur Rahman, enggan mengulas dengan mengatakan bahawa mereka belum mengesahkan laporan mengenai pertuduhan baru itu.

Tablighi adalah antara organisasi dakwah Islam mahzab Sunni terbesar di dunia dengan pengikut di lebih dari 80 negara.

Menurut pihak berkuasa, pada awal bulan bahawa satu pertiga dari hampir 3,000 kes koronavirus adalah mereka yang menghadiri perhimpunan Tablighi atau individu yang terdedah kepada mereka.

Setakat hari ini, jumlah jangkitan koronavirus di India meningkat kepada 12,380 kes dengan uk 414 kematian.

- Reuters

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS