Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Persatuan IPTS mohon kemasukan bersyarat calon SPM, STPM tahun depan

Persatuan Kolej dan Universiti Swasta Malaysia (MAPCU) menggesa kerajaan mempertimbangkan untuk membenarkan ahlinya mendaftarkan calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) berdasarkan keputusan percubaan mereka disebabkan peperiksaan itu ditangguhkan sehingga tahun depan.

Presiden MAPCU Parmjit Singh memberitahu Malaysiakini permintaan mereka itu dibuat kerana IPTS terjejas teruk akibat Covid-19, yang sebahagian besarnya disebabkan oleh pengurangan bilangan pelajar sedia ada.

"Jika SPM diadakan, katakan bulan Februari atau Mac (tahun depan), keputusan mereka hanya akan dijangka dikeluarkan pada bulan Mei atau mungkin lebih lewat.

"Adalah penting untuk diambil perhatian bahawa IPTS tidak dibiayai oleh kerajaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengikut peraturan sekarang, Parmjit berkata IPTS dibenarkan mendaftarkan pelajar berdasarkan keputusan ramalan mereka, tetapi pendaftaran rasmi hanya boleh dilakukan berdasarkan keputusan peperiksaan akhir.

"Semuanya hanya rasmi selepas keputusan dan pendaftaran. Kemudian kursus yang sebenarnya boleh bermula," jelas beliau.

Pada awal wabak Covid-19, Parmjit berkata sekatan perjalanan yang dikenakan oleh negara-negara lain, terutamanya China - di mana koronavirus baru itu mula dikesan - menjejaskan pengambilan pelajar yang bermula akhir bulan lalu sehingga awal bulan ini.

"Kami juga tidak dapat memperoleh pelajar pasca SPM dan STPM baru (yang menduduki peperiksaan tahun lalu) kerana PKP.

"Medium baru dalam talian juga tidak sesuai untuk semua orang, jadi itu akan mengurangkan pelajar," kata Parmjit, yang anggotanya mewakili kira-kira 70 universiti swasta, kampus cawangan luar negara dan kolej universiti yang menawarkan pendidikan peringkat ijazah. 

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS