Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Muar kini zon merah Covid-19
Diterbitkan:  Apr 15, 2020 2:54 PM
Dikemaskini: 6:54 AM

Daerah Muar, Johor menjadi kawasan baru yang diisytiharkan sebagai zon merah Covid-19.

Dalam kenyataan di media sosial hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan daerah itu dimasukkan dalam senarai zon merah selepas bilangan kes di sana melebihi 40.

Ia berdasarkan jumlah kes positif Covid-19 setakat tengah hari semalam, yang menyaksikan terdapat 44 kes di daerah itu.

"Terdapat pertambahan zon merah menjadi kepada 27 mengikut statistik terbaru setakat 12 tengah hari, 14 April. Daerah terbaru zon merah ialah Muar," kata KKM di Facebook.

Berdasarkan pengkelasan zon oleh KKM, kawasan yang memiliki 40 kes ke atas dikategorikan sebagai zon merah. Tiga lagi zon adalah hijau (sifar kes), kuning (antara satu hingga 20 kes), dan jingga (21 hingga 40 kes).

Setakat ini, negeri yang paling banyak zon merah ialah Selangor dengan enam daerah (Petaling, Hulu Langat, Gombak, Klang, Sepang dan Hulu Selangor); disusuli dengan Kuala Lumpur (Cheras, Kepong, Lembah Pantai dan Titiwangsa) dan Johor (Batu Pahat, Johor Baru, Kluang dan Muar).

Negeri lain dengan zon merah ialah Melaka (Jasin dan Melaka Tengah); Negeri Sembilan (Rembau dan Seremban); Perak (Hilir Perak dan Kinta); Kelantan (Kota Bharu); Pahang (Jerantut dan Kuantan); Sabah (Tawau); dan Sarawak (Kuching dan Kota Samarahan).


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS