Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bon Petronas AS$6 bilion terlebih langgan 6.2 kali
Diterbitkan:  Apr 15, 2020 1:41 PM
Dikemaskini: 5:41 AM

Tawaran bon senior pelbagai-bahagian Petroliam Nasional Bhd (Petronas) bernilai AS$6 bilion berjaya menarik terlebih langganan sebanyak 6.2 kali.

Ini sekali gus menggambarkan keyakinan pasaran terhadap kekuatan kredit firma minyak dan gas yang sebelum ini mendapat penarafan A2 oleh Moody’s dan S&P A- dengan unjuran stabil oleh kedua-dua agensi tersebut.

Bon AS$6 bilion itu merangkumi nota konvensional masing-masing AS$2.25 bilion bagi tempoh 10 tahun, AS$2.75 bilion untuk 30 tahun dan AS$1 bilion bagi 40 tahun.

“Hasilnya akan digunakan oleh firma tersebut atau anak-anak syarikat dan syarikat sekutu bagi tujuan pembiayaan semula, perbelanjaan modal, modal kerja dan tujuan am korporat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Petronas, terbitan itu juga menyaksikannya kehadiran semula firma itu di pasaran bon antarabangsa dolar AS sejak penawaran pelbagai bahagian AS$5 bilion pada Mac 2015 dan merupakan sebahagian daripada usaha pengurusan modal berhemat secara berterusan yang memperluaskan profil kematangan hutang secara berkesan.

Nota konvensional 10 tahun itu ditetapkan pada harga 290 mata peratusan perbendaharaan bagi tempoh 10 tahun untuk menghasilkan pulangan sebanyak 3.65 peratus, nota konvensional 30 tahun ditetapkan pada harga bagi pulangan 4.55 peratus manakala nota konvensional 40 tahun pada harga untuk pulangan 4.80 peratus.

Malah, bon-bon tersebut menerima permintaan memberangsangkan dengan nilai pesanan mencecah AS$37 bilion pada tempoh penetapan harga yang merupakan antara tempahan terbesar bagi penerbit Asia setakat ini, katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS