Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tahan, tuduh individu ingkar PKP di mahkamah wajar - IGP

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador menyifatkan tindakan menahan dan menuduh di mahkamah individu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah wajar.

Beliau berkata tindakan lebih tegas itu dibuat susulan pelaksanaan kompaun sebanyak RM1,000 dilihat kurang berkesan malah ada yang memperlekehkan perkara itu.

"Saya setuju (dengan tindakan itu) kerana ada menganggap kompaun itu sesuatu yang boleh diperlekehkan," katanya kepada Bernama, hari ini.

Ditanya adakah PDRM mempunyai lokap yang cukup bagi menampung individu ingkar PKP, beliau berkata bilangan lokap sedia ada mencukupi.

Hari ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata polis tidak lagi akan mengeluarkan kompaun bagi kesalahan mengingkari PKP.

Ismail Sabri berkata individu yang ingkar akan terus ditahan dan dituduh di mahkamah.

Jumlah kumulatif yang ingkar PKP sehingga semalam adalah sebanyak 9,090 orang dan keseluruhan kompaun dikeluarkan berjumlah 4,036, kata Ismail Sabri.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS