Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengesan satu kluster baru jangkitan Covid-19 di Sendayan, Negeri Sembilan, di mana seramai 39 orang telah dijangkiti setakat ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

"Kita dapati ada penularan (wabak) di Sendayan, dan tindakan bersepadu sedang dilaksanakan oleh pegawai kita di lapangan.

"Kita berhadap dapat bendung (penularan) di sana," katanya ketika sidang media di Putrajaya, hari ini.

Menurut Noor Hisham, antara mereka yang didapati positif Covid-19 di kawasan itu adalah 11 orang sekeluarga dan 13 pelajar sekolah tahfiz.

Katanya lagi, kluster Sendayan itu merupakan antara 28 kluster dan subkluster yang telah dikenal pasti KKM.

Ia peningkatan daripada 25 kluster dan subkluster seperti yang diumumkannya semalam.

Terdahulu Noor Hisham ditanya mengenai peningkatan ketara kes positif di Negeri Sembilan seperti ditunjukkan statistik semalam dan sama ada benar atau tidak sebahagian besar daripada mereka adalah anggota sebuah kumpulan agama berpangkalan di Sendayan.

Berdasarkan data itu ada 42 kes positif dari Negeri Sembilan.

Selain pelajar sekolah tahriz dan keluarga 11 seramai orang, Noor Hisham berkata, 15 lagi yang positif di Sendayan merupakan anggota lembaga sebuah pertubuhan.

Sepatutnya puncak hari ini 

Bagaimanapun beliau tidak menamakan organisasi tersebut.

Sementara itu menurut seorang pegawai kanan KKM, kluster Sedayan itu adalah sebahagian daripada 28 kluster dan subkluster yang dikesan mereka setakat ini.

Ia menunjukkan peningkatan berbanding 25 kluster dan subkluster yang diumumkan sehari sebelumnya.

"Tetapi ini masih dianggap kluster kecil. Kluster paling besar masih perhimpunan Seri Petaling yang merupakan 39 peratus daripada keseluruhan kes di negara ini," katanya.

Ditanya mengapa majoriti korban Covid-19 adalah lelaki, Noor Hisham berkata, sebahagian besar peserta perhimpunan kumpulan tabligh di Seri Petaling adalah orang lelaki.

Untuk rekod, 75 peratus daripada 82 korban yang meninggal dunia setakat ini merupakan mangsa lelaki.

Kata Noor Hisham satu lagi faktor yang menyumbang kepada keadaan itu ialah, lelaki lebih banyak terbabit dengan aktiviti di luar dan membuatkan risiko mereka terdedah kepada Covid-19 lebih tinggi.

"Bagaimanapun apa yang pasti mereka yang meninggal, 50 peratus daripadanya berusia 60 tahun dan ke atas, dan 80 peratus daripada korban terbabit mempunyai comorbidity (gabungan dua atau lebih penyakit serentah) dan sebagainya.

"Jadi apabila mereka dijangkiti Covid-19, gejala mereka lebih teruk daripada orang yang tiada comorbidity," katanya.

Mengenai data terkinin jumlah kes mengikut kluster, Noor Hisham berkata, setakat hari ini 24,605 sampel diambol dari kluster Seri Petaling dan daripada jumlah itu 1,904 adalah positif.

Kluster utama seperti majlis perkahwinan di Bangi, kluster pulang dari Itali di Sarawak, perhimpunan gereka di Kuching, Rembau di Negeri Sembilan dan kepulangan rakyat Malaysia dari Bali, tidak menunjukkan pertambahan kes. 

Noor Hisham memberitahu, fasa pertama dan kedua PKP berjaya mengelakkan peningkatan mendadak jumlah kes Covid-19.

Beliau menjelaskan, firma JP Morgan sebelum ini meramalkan Malaysia mencapai puncak kes Covid-19 menjelang hari ini dengan anggaran sebanyak 6,300 kes secara keseluruhan.

"Tetapi kini kita ada kurang daripada 5,00 kes. Kita berkata mengurangkan bilangannya. Hari ini sepatutnya menunjukkan puncak jumlah kes positif tetapi kita tidak melihat ia berlaku," katanya.

Bagaimanapun Noor Hisham menegaskan, masih banyak yang perlu dilakukan dan berharap fasa ketiga PKP - yang bermula esok - akan terus membantu menurunkan jumlah kes akan datang.

[Baca berita penuh]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS