Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Malaysia kongsi pengalaman perangi Covid-19 dengan Asean

Malaysia hari ini berkongsi pengalaman dan pengetahuannya dalam menghadapi pandemik COVID-19 dengan negara anggota ASEAN semasa Sidang Kemuncak Khas ASEAN mengenai COVID-19 yang diadakan menerusi persidangan video.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Malaysia telah mengadakan beberapa strategi utama untuk menangani masalah kesihatan, ekonomi dan sosial yang kritikal disebabkan oleh wabak itu, termasuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Semasa PKP, perkhidmatan kerajaan dan sektor swasta yang tidak perlu diperintahkan ditutup, kawalan terhadap pergerakan dan perhimpunan massa, serta nasihat diberikan kepada rakyat Malaysia supaya tinggal di rumah.

"Malaysia juga telah mengarahkan semua rakyatnya yang pulang dari luar negara supaya menjalani kuarantin wajib selama dua minggu.

"Sebagai langkah yang lebih tegas, kami juga menguatkuasakan Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) di kawasan yang mempunyai kadar jangkitan yang tinggi. Kawasan PKPD ini ditutup sepenuhnya tanpa dibenarkan keluar masuk bagi penduduk serta pelawat; dan setiap individu di kawasan itu akan diperiksa dan dirawat jika dijangkiti, ” kata beliau.

Sidang kemuncak khas itu dipengerusikan oleh Perdana Menteri Vietnam Nguyen Xuan Phuc dan turut disertai pemimpin-pemimpin ASEAN yang lain.

[Berita penuh menyusul]

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS