Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kerajaan akan membincangkan mekanisme bagi memastikan pergerakan orang awam terus diterhadkan sekiranya e-bazar diperkenalkan ketika Ramadan.

Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata, kabinet akan membincangkan mengenai cadangan berhubung e-bazar melibatkan pesanan dan penghantaran.

Jelasnya, kerajaan bimbang orang ramai akan menggunkan alasan keluar rumah untuk mengambil pesanan dari bazar Ramadan.

"Ada pandangan e-bazar dibenar pesan dan dihantar (guna khidmat penghantaran). Ada pandangan pesan and ambil (makanan) di bazar Ramadan. Tapi ini mungkin boleh menyebabkan pergerakan orang ramai.

"Walaupun kita pesan melalui e-bazar, kalau secara fizikal (keluar rumah) ambil di bazar Ramadan, akan menyebabkan orang ramak bersesak..

"Kita mahu memastikan orang ramai tidak diberikan alasan untuk keluar rumah. Kalau ada tempat ambil barang (makanan di bazar Ramadan), polis akan alami kesukaran, kerana orang ramai akan beri alasan sudah buat pesanan dan keluar rumah untuk ambil. Kita cuba kurangkan alasan begini untuk keluar.

"Kita akan bincang di kabinet," katanya pada sidang media hari ini.

Pada 3 April lalu, Ismail Sabri berkata bahawa tidak akan ada bazar Ramadan di seluruh negara dalam tempoh PKP.

Sejak pengumuman itu, cadangan untuk mewujudkan e-bazar menjadi perbualan umum.

Ia juga beberapa kali disebutkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, sebagai antara cadangan yang akan diteliti.

Selangor merupakan antara negeri terawal mengumumkan e-bazar dengan kerjasama syarikat penghantaran Grab.

Platform digital yang dinamakan E-Bazar Ramadan Selangor Grab itu membolehkan para peniaga menjana pendapatan semasa Ramadan, dengan memperkenalkan 15 dapur berpusat.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS