Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Turki teruskan perintah berkurung hingga hujung minggu

Kerajaan Turki memutuskan untuk meneruskan perintah berkurung pada hujung minggu selama dua hari bermula 18 April bagi membendung penularan wabak Covid-19, lapor agensi berita Anadolu.

Perkara itu diumumkan Presiden Recep Tayyip Erdogan selepas mesyuarat Kabinet maya selama tiga jam.

Beliau berkata langkah-langkah akan diambil untuk mengelakkan gangguan yang tidak perlu di sesetengah tempat sebaik perintah berkurung berkuat kuasa.

"Turki akan menyiapkan (pembinaan) hospital baharu untuk pesakit Covid-19 di Basaksehir Istanbul pada 15 Mei," katanya sambil mengumumkan penubuhan dua lagi hospital baharu di Istanbul yang dilengkapi 350 katil.

Erdogan menegaskan Turki menyaksikan kemajuan ketara dalam mengawal wabak itu, negara tidak menghadapi kesukaran untuk menyediakan kemudahan kesihatan dan kelengkapan pembersihan.

Presiden Turki juga menolak sebarang perancangan membuat pinjaman dengan IMF semasa pandemik.

Setakat Isnin, angka korban di Turki seramai 1,296 orang dengan hampir 61,049 kes jangkitan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS