Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
3 polis maut bertempur dengan tentera di Papua

GLOBAL | Tiga anggota polis terbunuh dan dua lagi cedera dalam pertempuran dengan anggota tentera di wilayah paling timur di Papua, kata jurucakap polis wilayah Ahmad Musthofa Kamal.

Kejadian berlaku di daerah Memberano Raya sehari yang lalu, lapor agensi berita Xinhua.

"Tiga anggota polis maut dan dua yang lain cedera," katanya pada Isnin.

Pertembungan itu akibat selisih faham antara pegawai polis dan anggota tentera di daerah itu, katanya.

Satu pasukan penyiasatan bersama melibatkan anggota polis dan tentera dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menyiasat punca di sebalik insiden itu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS