Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Penternakan ayam lembap berikutan harga, bekalan rendah
Diterbitkan:  Apr 13, 2020 3:43 PM
Dikemaskini: 7:43 AM

Aktiviti penternakan ayam dijangka lembap berikutan harga rendah dan penurunan bekalan dalam pasaran, yang akhirnya akan menyokong harga, menurut AmInvestment Bank Bhd.

Dalam nota, bank itu berkata permintaan terhadap ayam menerima impak daripada jualan restoran yang rendah dan penutupan kantin di sekolah dan kilang semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Permintaan yang meningkat daripada isi rumah tidak dapat menampung kehilangan jualan daripada restoran dan kantin, justeru, jumlah jualan dan harga jualan terjejas.

“Kami percaya pengguna lebih suka barangan dengan jangka hayat yang lebih lama dan makanan segera berbanding ayam segar," katanya.

Sementara itu, AmInvestment Bank mengekalkan saranan “beli” ke atas saham Leong Hup International (LHI), antara pengeluar produk ternakan bersepadu yang terbesar di Asia Tenggara, walaupun dengan harga nilai saksama yang rendah pada RM0.76 berbanding RM0.86 sebelum ini.

“Kami telah mengurangkan unjuran tahun kewangan 2020 (FY20F), FY21F dan FY22F kami untuk pendapatan LHI, masing-masing sebanyak 16 peratus, 11 peratus dan enam peratus.

“Purata harga jualan untuk produk ternakan telah merosot dalam operasi Leong Hup, dan walaupun harga telur kekal kukuh pada sekitar 0.30 sen di Malaysia dan Indonesia, kami menjangka jumlah jualan yang rendah pada tahun ini untuk kumpulan tersebut,” menurut bank itu.

Operasi kumpulan itu berjalan seperti biasa semasa PKP dan tiada gangguan kepada rantaian bekalan setakat ini, katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS