Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Grafik Jabatan Penerangan mengenai berita palsu dipertikai
Diterbitkan:  Apr 11, 2020 3:52 PM
Dikemaskini: 7:52 AM

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil mempertikaikan grafik yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia mengenai penyebaran berita palsu yang salah satunya merujuk kepada “menanam kebencian terhadap kerajaan pemerintah dan pemimpin.”

Fahmi yang juga pengarah komunikasi PKR mempersoalkan takrifan kategori berita palsu.

“Yang betul tetap betul. Yang salah perlu ditegur.

“Kita semua mahu bersama melawan Covid-19. Kita semua mahu selamatkan ekonomi negara.

“Tapi kita semua juga mahu bersuara bila wujud keperluan untuk bersuara. Ini bukan perkara palsu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Antara jenis maklumat lain yang dikategorikan sebagai berita palsu merupakan menjatuhkan maruah dan imej individu, reputasi organisasi dan negara, fahaman ajaran ekstrem dan menyentuh sensitiviti keagamaan dan perkauman.

Fahmi turut menyorot semula beberapa kenyataan kontroversi daripada menteri PN, sehingga mengundang pelbagai kritikan awam.

“Apakah akta yang menjadi asas kepada takrifan ‘berita palsu’ seperti yang digunakan di sini?

“Adakah kerajaan berkata kita tidak lagi boleh komen atau marah bila ada menteri yang kata air suam boleh bantu bunuh virus Covid-19?

“Atau bila ada menteri membazir alat pelindung diri (PPE) dan ditegur para doktor?

"Atau bila ada menteri yang ajak mahasiswa main TikTok?

“Atau ada grafik kerajaan yang mengajak isteri menegur suami dengan menggunakan nada Doraemon?” Soal Fahmi lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS