Harga minyak petrol RON95 dan RON97 akan turun 5sen bermula tengah malam ini.
Dengan harga baru itu, RON95 akan dijual pada harga RM1.25 seliter dan RON97 pula dengan harga RM1.55 seliter.
Harga diesel pula turun 12sen kepada RM1.46 seliter.
Minggu ini masuk minggu keenam berturut-turut harga minyak turun.
Kementerian Kewangan berkata perubahan itu disebabkan kejatuhan berterusan harga minyak mentah dunia susulan keadaan ekonomi yang tidak menentu kerana Covid-19.
Kementerian berkata kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak global dan mengambil langkah yang sesuai untuk memastikan kebajikan rakyat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed sebelum ini berkata kejatuhan harga minyak AS$1 setiap setong menyebabkan kerajaan rugi RM300 million.
Harga terbaru RON95 adalah yang terendah sejak 2004 (RM1.42 seliter).