Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MP Pasir Mas dilantik pengerusi lembaga pengarah PTPK

Anggota parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari dilantik sebagai pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) yang baru, menggantikan K Saraswathy.

Perkara itu disahkan timbalan ketua Pemuda PAS itu kepada Malaysiakini pagi ini.

"Setakat ini begitulah.

“Tapi saya tak dapat surat cumanya saya baru dihubungi melalui panggilan telefon," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, PTPK dalam hantaran di laman Facebooknya mengucapkan tahniah atas lantikan tersebut selain memaklumkan pelantikan Ahmad Fadli telah berkuat kuasa sejak 8 April 2020.

"Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada YB Tuan Ahmad Fadhli di atas pelantikan sebagai pengerusi lembaga PTPK berkuat kuasa 8 April 2020," kata kenyataan itu.

 PTPK merupakan badan berkanun bawah Kementerian Sumber Manusia.

Fungsi utamanya memberikan pinjaman kepada individu yang mengikuti latihan kemahiran di Penyedia Latihan Awam (PLA) dan Swasta (PLS) yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dan berdaftar dengan PTPK.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS