Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
'Abang polis' selamatkan anak anjing dapat pujian netizen

Koperal Mohd Azad Azady Mohamad Tarmizee sedang bertugas melakukan rondaan di Shah Alam sebelum dia terlihat seekor anak anjing teperangkap di dalam longkang di tepi jalan petang semalam.

"Sebelum tu saya buat snap check kat situ, routine harian biasa operasi Covid-19. Lepas tu, masa nak kemas, saya dengar bunyi anak anjing menyalak... macam tersepit, bunyi lain sikit.

"Itu saya cari-cari jumpa dalam longkang. Jadi, kat situ ada mak ayah dia dan tiga adik beradik dia. Tiga tu lari sebab nampak manusia, lari menyorok kat tepi kereta.

"Saya tengok mak ayah dia kadang-kadang pergi longkang, patah balik berulang kali. Jadi pergi selamatkan," katanya kepada Malaysiakini.

Sayangi sesama makhluk

Menurut Mohd Azad ini bukanlah pengalaman pertamanya menyelamatkan anak anjing yang terperangkap di dalam longkang dan ikhlas berbuat demikian tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

"Saya dah dua, tiga kali buat macam tu (selamatkan binatang). Sebab tempat tak ada orang, jadi saya selamatkanlah," jelasnya.

PDRM dalam hantaran di laman Facebook, berjudul "Video Pilihan: Sayangi Sesama Makhluk" sepanjang seminit setengah memaparkan rakaman Azad sedang cuba menyelamatkan anak anjing itu.

"Ingatlah bahawa, orang yang menyayangi sesama makhluk itu akan sentiasa didoakan oleh makhluk-makhluk Tuhan lain yang berada di langit dan di bumi," kata hantaran PDRM sambil mengucapkan tahniah kepada usaha Mohd Azad.

"Semoga sikap murni yang ditunjukkan dapat menjadi tauladan yang baik kepada kita semua," kata hantaran itu lagi.

Apabila anak anjing itu dapat dikeluarkan dari longkang, kelihatan dua ekor anjing dewasa menerpa ke arahnya.

Ketika Mohd Azad memanjat naik dari longkang, kelihatan anak anjing itu menggoyang-goyangkan ekornya.

Netizen memuji usaha Mohd Azad dan rakan setugasnya kerana tindakan belas ihsan terhadap haiwan ini.

"Hidup dan masa adalah dua guru besar. Hidup mengajar kita betapa penting menggunakan masa dengan sebaiknya, manakala masa mengajar kita nilai hidup. Bravo tuan polis, tabik," ulas Kenneth Alfred.

Karen Lim berkata: "Anjing itu menggoyang-goyangkan ekornya sebagai tanda penghargaan. Tabik abang polis yang baik."

Lily Landa pula mengucapkan terima kasih atas tindakan Azad: "Mereka (polis) juga sangat manusiawi dan penuh belas ihsan."

"PDRM terbaik sekali," kata Veronica Yong.

Sementara itu, Fana Abdullah pula menjelaskan perasaannya,"tiap kali tengok video PDRM mesti bergenang air mata... kerana dulu pernah juga memandang serong pada sesetengah anggota PDRM. 

"Subhanallah, Dia telah mengangkat semula darjat polis di mata masyarakat."

Sharul Nizam Ab Rahim pula mengulas: "Tahniah. PDRM terus dipandang tinggi bukan kerana marah-marahnya. Tapi kerana akhlaknya."

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS