Berikut adalah senarai penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) pagi ini.
1. Kerajaan Negeri Perlis menafikan pernah mengeluarkan jadual perubahan waktu operasi premis perniagaan/perkhidmatan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 2 Peringkat Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis bermula 5 April hingga 14 April 2020.
2. Bank Simpanan Nasional (BSN) menafikan gambar-gambar yang memaparkan keadaan di cawangan BSN yang tidak menjaga jarak sosial dalam kalangan pelanggannya.
3. Lembaga Pembantu Perubatan KKM menafikan mengeluarkan iklan pengambilan Pembantu Perubatan (PPP) secara kontrak.
- Bernama