Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Polis, tentera akan kawal jarak sosial di pasar Selayang
Diterbitkan:  Apr 5, 2020 2:47 PM
Dikemaskini: 7:38 AM

Kerajaan memutuskan untuk menghantar polis dan tentera bertugas mengawal dan menguatkuasakan langkah menjaga jarak sosial di pasar borong dan pasar basah Selayang.

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata meskipun semalam amaran telah diberikan tetapi pengunjung masih tidak mematuhi langkah penjarakkan sosial itu.

"Masih lagi bersesak-sesak tak ikut, tak patuh SOP tentang penjarakkan fizikal satu meter dan sebagainya.

"Keputusan mesyuarat kita letakkan polis dan tentera untuk pastikan kepatuhan di pasar borong dan pasar basah Selayang," tegas beliau pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Kerajaan memberi fokus kepada pasar borong itu selepas lapan kes positif Covid-19 dilaporkan dari situ.

Ismail berkata beliau berharap dengan kehadiran pasukan keselamatan untuk memastikan langkah menjaga jarak antara satu sama lain di pasar borong Selayang itu akan bertambah baik seperti Pasar Air Itam di Pulau Pinang yang pernah mengalami keadaan sama.

Dalam perkembangan yang lain, Ismail memberi amaran kepada peniaga di seluruh negara supaya tidak menaikkan harga secara sesuka hati.

Beliau berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan sentiasa memantau harga barangan.

Beliau menggesa orang ramai untuk melaporkan kepada kementerian mengenai mana-mana peniaga ingkar.

"Ini tindakan yang sangat tegas boleh diambil, kami tidak akan membiarkan sesiapa mengambil keuntungan daripada PKP," katanya.

Menteri pertahanan juga memberi jaminan bahawa terdapat bekalan makanan yang mencukupi di negara ini dan orang ramai tidak perlu bimbang.

Beliau juga mengulangi bahawa setiap pihak dalam rantaian atau pengeluaran pertanian dibenarkan beroperasi semasa PKP.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS