Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pekerja positif Covid-19, Ikea Tebrau tutup sementara perkhidmatan makanan
Diterbitkan:  Apr 5, 2020 12:32 PM
Dikemaskini: 4:32 AM

Ikea Tebrau menutup perkhidmatan makanan untuk dibawa pulang buat sementara, apabila seorang pekerjanya disahkan positif Covid-19.

Dalam kenyataan yang disiarkan di laman webnya, Ikea Tebrau berkata pihaknya dimaklumkan tentang perkara itu pada 1 April lalu.

"Sejajar dengan arahan perintah kawalan pergerakan (PKP), gedung Ikea Tebrau telah ditutup dan servis makanan bawa pulang akan dihentikan buat sementara waktu, sehingga notis selanjutnya dan sebaik kami menerima kelulusan daripada pihak berkuasa.

"Kami bekerjasama rapat dengan pegawai kesihatan awam dan akan bertindak atas nasihat mereka," katanya.

Ikea Tebrau berkata kerja pembersihan dan sanitasi menyeluruh di seluruh gedung akan dilaksanakan mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan.

"Kami juga akan mengambil semua tindakan yang wajar untuk memastikan keselamatan para pelanggan dan pekerja," katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS