Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MP Lembah Pantai cadang perkemas permohonan Tabung Musaadah Covid-19
Diterbitkan:  Apr 4, 2020 11:55 AM
Dikemaskini: 3:55 AM

Ahli parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil mencadangkan agar proses permohonan atas talian bagi Tabung Musaadah Covid-19 bawah Pusat Pungutan Zakat diperkemas.

Dalam satu kenyataan di Facebook semalam, Fahmi mengajukan cadangan tersebut secara terus kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

"Ini satu usaha yang diharapkan dapat membantu ramai yang terkesan malah terhimpit akibat perintah kawalan pergerakan (PKP) sekarang.

“Saya dan pasukan telah meneliti proses permohonan secara dalam talian bagi bantuan ini, dan memohon bantuan menteri untuk pertimbang salah satu penambahbaikan berikut:

“Tambah staf untuk mempercepat proses permohonan atas talian, atau mudahkan proses permohonan agar asnaf berdaftar terus lulus dan staf yang ada boleh memproses bagi yang belum berdaftar,” katanya.

Di bawah Tabung Musaadah Covid-19, isi rumah dengan jumlah pendapatan bulanan kurang dari RM4,300 layak untuk mendapat bantuan sebanyak RM300.

Fahmi berkata ramai yang sudah cuba memohon secara dalam talian pada Khamis dan pagi Jumaat mendapati laman web tersebut ditutup secara sementara.

Memetik notis daripada laman tersebut, beliau berkata kira-kira 35,000 pemohon yang telah mengisi borang tetapi laman tersebut ditutup sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Fahmi berharap ramai yang berjaya dapatkan bantuan ini dan menawarkan bantuannya sekiranya diperlukan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS