Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sekolah, pejabat di S'pura ditutup sebulan
Diterbitkan:  Apr 3, 2020 5:45 PM
Dikemaskini: 9:45 AM

GLOBAL | Semua sekolah dan tempat kerja di Singapura akan ditutup selama sebulan, melainkan perkhidmatan penting dan sektor ekonomi utama.

Menurut Reuters, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong membuat pengumuman itu hari ini, sebagai sebahagian langkah yang lebih tegas bagi membendung wabak Covid-19 di republik itu.

"Kita telah memutuskan, berbanding mengetatkan langkah sedikit demi sedikit untuk beberapa minggu akan datang, kita perlu mengambil langkah muktamad sekarang, untuk mencegah peningkatan jangkitan," katanya seperti dipetik.

Sebelum ini, Singapura mengambil beberapa langkah penjarakkan sosial tetapi sekolah, pejabat dan restoran masih beroperasi seperti biasa.

Langkah baru itu berkuatkuasa bermula 7 April hingga 4 Mei ini. Sekolah akan memulakan pembelajaran di rumah sepenuhnya pada 8 April.

Antara perniagaan dan perkhidmatan yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh itu ialah pasar dan pasar raya, klinik, hospital, pengangkutan dan perkhidmatan perbankan utama.

Hari ini wabak Covid-19 meragut korban kelima di negara itu. Setakat tengah hari semalam, sejumlah 1,049 kes positif telah direkodkan.

Dalam laporan itu, Lee menggesa warga Singapura agar tinggal di rumah dan mengelakkan berinteraksi dengan orang lain di luar, dan hanya keluar jika ada urusan penting.

Beliau memberi jaminan Singapura mempunyai bekalan makanan yang cukup melebihi tempoh sebulan perintah tersebut.

Kerajaan akan mengumumkan bantuan tambahan buat isi rumah dan perniagaan pada Isnin ini, katanya lagi seperti dipetik.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS