Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tiada caj RM1 di ATM mulai minggu depan
Diterbitkan:  Apr 3, 2020 3:06 PM
Dikemaskini: 8:44 AM

Mesin mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang dihubungkan melalui rangkaian MEPS tidak akan lagi mengenakan bayaran RM1 untuk transaksi mulai Isnin ini.

Ia akan berkuat kuasa sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata ia adalah bagi mengurangkan bilangan orang yang mengunjungi kaunter bank untuk melakukan transaksi.

"Anda tidak perlu berpusu-pusu ke bank, (tapi) jangan pula berpusu-pusu. Sila amalkan penjarakan sosial satu meter," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata kerajaan juga menggalakkan orang awam menggunakan perkhidmatan perbankan atas talian untuk urusan lain.

PKP dijadual berakhir pada 14 April ini tetapi tertakluk kepada keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sama ada untuk melanjutkannya atau tidak.

Perintah itu bertujuan memecahkan rantaian jangkitan Covid-19, dengan mengambil kira tempoh dua minggu waktu pengeraman virus tersebut.



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS