Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Seorang rakyat Malaysia meninggal dunia di sebuah hospital di ibu negara India pada Rabu akibat komplikasi kesihatan.

Lelaki berusia 61 tahun itu menghidap penyakit kencing manis dan masalah jantung, dirawat di Hospital Pakar Rajiv Ghandi, kata sumber.

Bagaimanapun, lelaki itu didapati tidak dijangkiti virus Covid-19 selepas bedah siasat dijalankan.

Ramai rakyat Malaysia terkandas di India, sejak kerajaan negara itu menguatkuasakan perintah berkurung bagi membendung penularan wabak Covid-19, 25 Mac lalu, keadaan menjadi semakin sukar buat warga asing.

Sementara itu, usaha terus dilakukan bagi membawa pulang ramai lagi rakyat Malaysia yang terkandas di India menggunakan pesawat sewa khas.

Pada Khamis, 181 orang dibawa pulang dari bandar Tiruchirappalli, selatan India.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS