Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jangan dedah kata laluan perbankan anda kepada 'LHDN'
Diterbitkan:  Apr 2, 2020 5:17 PM
Dikemaskini: 9:17 AM

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberi peringatan kepada orang ramai tentang komplot penipuan yang sedang dijalankan untuk memperdayakan orang ramai tentang Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tyang diumumkan di bawah pakej rangsangan kerajaan.

Mengikut mesej komplot penipuan yang dilihat Malaysiakini itu, SMS yang kononnya dari LHDN meminta pengguna untuk memberi kata ID dan laluan bank mereka.

SMS itu dihantar menggunakan nombor telefon mudah alih yang biasa.

LHDN berkata ia tidak akan meminta butiran perbankan atau peribadi menerusi SMS.

"Pastikan SMS yang diterima adalah dari nombor 62000 atau 63833 sahaja," kata lembaga itu dalam mesej di Facebook petang ini.

BPN adalah pakej bantuan RM10 bilion untuk membantu golongan B40 dan M40 berdepan krisis Covid-19.

Pembayaran pertama akan dibuat pada akhir bulan April.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS