Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Perintah berkurung di seluruh Thailand mulai esok

KORONAVIRUS l Thailand akan menguatkuasakan perintah berkurung antara jam 10 malam sehingga 4 pagi bermula Jumaat ini dalam usaha membendung penularan wabak koronavirus baru, kata kerajaan dalam satu kenyataan hari ini.

Perintah berkurung itu akan mempunyai beberapa pengecualian, termasuk untuk pengangkutan bekalan perubatan, pergerakan orang untuk dikuarantinkan, pesakit dan pergerakan kakitangan perubatan, kata kenyataan yang ditunjukkan kepada wartawan.

"Perdana Menteri akan membuat pengumuman petang ini di televisyen nasional pada sekitar jam 6 petang," kata tmbalan jurucakap Ratchada Thanadirek kepada Reuters ketika dihubungi melalui telefon.

- Reuters

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS