Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mewa nama baru Kementerian Alam Sekitar
Diterbitkan:  Apr 2, 2020 3:19 PM
Dikemaskini: 7:20 AM

Kementerian Alam Sekitar (KAS) kini dijenamakan semula sebagai Kementerian Alam Sekitar dan Air (Mewa).

Penjenamaan semula itu dimaklumkan oleh Menteri Mewa, Tuan Ibrahim Tuan Man selepas dipersetujui dalam mesyuarat jemaah menteri semalam.

Penjenamaan semula Mewa itu adalah bagi membolehkan sinergi antara dua aspek pengurusan air yang selama ini terpisah, iaitu sumber air yang diselia Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan perkhidmatan air (termasuk bekalan air dan pembetungan) yang diselia Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span).

“Kedua-dua fungsi ini disepadukan di bawah Mewa bagi memantapkan ekosistem tadbir urus air di negara ini bagi memastikan sumber dan bekalan air yang mencukupi dan berkekalan.

“Kementerian juga akan mengintegrasikan sektor alam sekitar dan air,” kata Tuan Ibrahim.

Selain itu, Tuan Ibrahim turut menjelaskan Mewa juga bertanggungjawab terhadap isu perubahan iklim, biokeselamatan dan juga memacu pertumbuhan ekonomi hijau.

Mewa juga, tambahnya, akan turut memberi tumpuan kepada pendidikan dan kesedaran awam serta pembudayaan tentang kepentingan alam sekitar dan air.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS