Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
‘Nak marah ke nak gelak? Ini Covid-19, bukan tangkap jin’
Diterbitkan:  Apr 2, 2020 2:24 PM
Dikemaskini: 7:03 AM

Bekas menteri agama Mujahid Yusof menyuarakan rasa sedihnya dengan dakwaan seorang individu yang mengaku berjaya “menangkap” Covid-19 dan mengurungnya dalam botol.

“Ini sikap paling sedih kerana guna agama,” katanya

Pemimpin kanan Amanah itu berkata beliau sendiri tidak tahu sama ada hendak marah atau gelak dengan dakwaan itu.

“Kononnya dia boleh jampi Covid-19 kemudian kurung dalam botol. Ini saya tidak tahu saya perlu marah atau ketawa.

“Ini bukan soal tangkap jin. Ini sejenis virus yang perlu kepada kaedah vaksinasi itu dengan method yang saintifik,” katanya.

Sebelum ini, seorang lelaki yang mendakwa pengamal perubatan Islam menjadi tumpuan selepas mengaku mampu menangkap virus penyebab Covid-19 dan mengurungnya dalam botol.

Menerusi Facebook individu berkenaan telah menunjukkan tiga rakaman video sedang menjalankan rawatan terhadap seorang pesakit.

"Saya telah menangkap dan mengurung (bukan selamanya) Convid-19 ke dalam botol. Botol ini saya isi air. Saya simpan dalam freezer (peti sejuk) bersama dengan botol air lain yang kosong dari Covid-19.

"Selama tempoh 5 hari botol berisi Covid-19 tidak membeku sedangkan botol air biasa beku dalam tempoh 6 jam," katanya di Facebook.

Dalam rakaman video di Twitter beliau, Mujahid turut berkata dia tidak mempertikaikan jampi dalam perawatan penyembuhan.

Bagaimanapun, katanya kenyataan sebegitu membelakangi pendekatan saintifik.

Mujahid juga menyatakan sikap terkejut dengan dakwaan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba yang menyarankan orang ramai meminum air suam ketika membahaskan isu Covid-19.

Pada 20 Mac lalu, Dr Adham Baba menyarankan orang ramai digalakkan minum air panas bagi mengelakkan jangkitan Covid-19 dalam satu wawancara di saluran televisyen RTM TV1.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS