Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Covid-19: MB, exco Kelantan sumbang dua bulan gaji
Diterbitkan:  Apr 1, 2020 6:11 PM
Dikemaskini: 10:37 AM

Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob mengumumkan sumbangan dua bulan gaji beliau, timbalan menteri besar dan barisan exco kerajaan negeri.

Menurut beliau, keputusan sumbangan untuk tabung Covid-19 itu dibuat selepas persidangan khas exco kerajaan negeri yang berlangsung hari ini.

"Persidangan khas exco kerajaan negeri hari ini bersetuju menteri besar, timbalan menteri besar dan exco kerajaan negeri untuk menyumbang dua bulan gaji bagi menzahirkan simpati ketika wabak Covid-19 yang masih menular ketika ini melalui Tabung Serambi Mekah.

"Bantuan kerajaan negeri kepada golongan yang memerlukan sebanyak RM20,000 kepada setiap dewan undangan negeri (DUN) melalui Pusat Khidmat DUN," katanya dalam kenyataan media di Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Sebagai rekod Tabung Serambi Mekah merupakan tabung kebajikan yang diperkenalkan pada Februari 1991 oleh kerajaan Kelantan untuk membantu golongan berkeperluan.

Terdahulu pada 23 Mac lalu, Ahmad mengumumkan peruntukan sebanyak RM675,000 kepada golongan fakir miskin sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).

Ia meliputi 50 orang penerima bagi setiap dewan undangan negeri (DUN) dengan sumbangan barangan keperluan asas bernilai RM100 daripada Maik dan wang tunai RM200 setiap keluarga memerlukan melalui peruntukan kerajaan negeri.

Sementara itu Ahmad yang juga anggota dewan undangan negeri (Adun) Pasir Pekan berkata, keputusan sumbangan itu bagi menzahirkan komitmen pimpinan kerajaan negeri untuk sama-sama meringankan beban rakyat pada ketika ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS