Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
‘Dulu beli 10 biji telur, sekarang beli 120 biji, mana nak cukup?’

Bekalan telur di negara ini semakin sukar diperolehi kerana sikap sesetengah pembeli yang membeli secara berlebihan.

Menurut Presiden Persekutuan Persatuan Penternak-penternak Malaysia (FLFAM) Tan Chee Hee, setiap keluarga lazimnya membeli antara 10 hingga 30 biji telur setiap minggu.

Namun, kata Tan, sekarang, ada yang membeli sehingga 120 telur seminggu.

"Bukan mereka mahu makan telur sekarang tetapi hanya simpan.

"Apabila kamu membeli berlebihan, yang lain tidak akan dapat bekalan telur mereka.

"Kami tidak jangkakan peningkatan drastik penggunaan telur. Kamu tidak akan makan lima telur setiap hari (semasa PKP), kamu akan jelak makan telur,” katanya.

Tan berkata telur selepas meninggalkan ladang biasanya boleh tahan sehingga seminggu jika ditempatkan pada suhu bilik. Ia boleh tahan lebih lama iaitu sehingga sebulan jika disimpan di peti sejuk.

Beliau berkata kira-kira 300 pengeluar telur di seluruh negara mampu menghasilkan 40 juta telur sehari, atau lebih kurang lebih sebiji telur untuk setiap orang.

Secara purata, kata Tan, seorang rakyat Malaysia makan 370 biji telur setahun.

"Sekiranya rakyat tidak panik dan menyimpan, bekalan telur akan mencukupi. Malah, kami membekalkan lebih banyak daripada yang diperlukan," katanya.

Beliau berkata tidak ada gunanya meningkatkan pengeluaran telur jika amalan menyimpan tidak berhenti.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS