Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
CIMB tutup cawangan Menara UAB untuk pembersihan Covid-19
Diterbitkan:  Apr 1, 2020 12:11 PM
Dikemaskini: 4:11 AM

Cawangan CIMB di Menara UAB di Jalan Tun Perak di Kuala Lumpur telah ditutup bagi menjalankan kerja-kerja sanitasi dan pembersihan menyeluruh selepas salah seorang kakitangannya disahkan positif COVID-19.

CIMB Group Holdings Bhd dalam satu kenyataan berkata bank itu mempunyai pelan kesinambungan perniagaan bagi ibu pejabat dan juga cawangannya untuk memastikan kesinambungan perkhidmatan penting.

“Terdahulu kumpulan telahpun melaksanakan beberapa langkah pencegahan dengan memastikan kesejahteraan pelanggan dan kakitangan yang termasuk polisi pengisytiharan perjalanan mandatori, penjagaan kebersihan dan langkah-langkah penjarakan sosial di ibu pejabat dan cawangan," kata bank itu.

CIMB Group berkata kakitangan yang terlibat sedang dirawat di sebuah hospital kerajaan dan pengesanan kontak sedang dijalankan.

Kesemua yang berhubungan secara langsung dengan kakitangan tersebut akan diletakkan di bawah kuarantin di rumah.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS