Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemuda DAP: Usah sekat NGO bantu orang awam
Diterbitkan:  Mar 29, 2020 12:26 PM
Dikemaskini: 4:26 AM

Kerajaan digesa memberi perlepasan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan kebajikan bagi membantu golongan yang memerlukan pada saat penularan wabak Covid-19.

Ketua Pemuda DAP, Howard Lee, berkata larangan kepada NGO menyalurkan bantuan secara langsung kepada pihak yang berkaitan sama seperti tidak membenarkan pihak berkuasa menjalankan tugas.

“Sekiranya niat di sebalik pengumuman ini adalah untuk meminimumkan risiko penularan dan jangkitan, keputusan yang lebih tepatan ialah mewajibkan pemakaian pakaian pelindung diri (PPE) atau diberikan latihan khusus.

“Kalau benar-benar gusar dan khuatir, boleh syaratkan seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) atau Rela untuk mengiring dan memantau bantuan diagihkan.

“Pendekatan ini sudah tentu lebih berkesan berbanding menghalang NGO, pertubuhan belia dan badan kebajikan daripada terus membantu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Semalam, Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata, NGO – yang membantu memberikan sumbangan — perlu mengehadkan pergerakan mereka bagi mengurangkan risiko penularan wabak Covid-19.

Menghargai bantuan yang disalurkan, Ismail Sabri berkata kerajaan akan menubuhkan pusat pengagihan makanan buat NGO yang ingin menghantar barang keperluan asas kepada mereka yang memerlukan. 

Sementara itu, Lee turut menggesa kerajaan menarik balik kenyataan berkenaan kerana dianggap mengancam kebajikan rakyat bawahan pada waktu krisis ketika ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS