Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Operasi stesen minyak di Sabah dari 6 pagi hingga 2 petang

Semua stesen minyak di seluruh Sabah hanya dibenarkan beroperasi mulai jam 6 pagi hingga 2 petang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)yang berkuat kuasa sehingga 14 April ini, kata Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong.

Safar, dalam kenyataan berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Sabah COVID-19 Command Centre hari ini dan ketetapan tersebut berkuat kuasa serta-merta.

“Walau bagaimanapun, tambahan masa dari jam 2 petang hingga 6 petang dibenarkan khusus untuk pembekalan petrol dan diesel kepada kenderaan yang membawa barangan penting atau untuk tujuan operasi perkhidmatan penting sahaja,” katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS