ULASAN | Pakej rangsangan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin patut mendapat pujian dengan menyenaraikan subsidi, pengecualian, dan penangguhan yang sangat diperlukan pada masa ini demi membantu dan menyelamatkan periuk nasi rakyat.
Kepantasan dan pelaksanaan menjadi faktor yang kritikal demi menjayakan usaha untuk terus hidup dan mempersiapkan diri bagi berhadapan dengan kelembapan ekonomi yang bakal tiba disebabkan oleh Covid-19 ini.
Sekarang, kerajaan perlu meletakkan sasaran mereka ke atas program-program yang dapat membantu untuk memulihkan ekonomi agar mereka yang terjejas akibat kemelesetan ini - individu dan perusahaan - akan mendapat pekerjaan, mengekalkan pendapatan, peluang dan penyelesaian yang menanti mereka selepas negara berjaya keluar daripada krisis ini.
Kita perlu menyediakan platform ekonomi digital untuk menampung pelbagai industri, seperti penjagaan kesihatan, pendidikan, perbankan, runcit dan logistik, yang akan berhijrah daripada infrastruktur fizikal kepada saluran digital.
Kita juga perlu menggantikan industri yang memberi sumbangan rendah terhadap KDNK negara daripada menjadi sektor utama seperti pelancongan, minyak dan gas, hartanah dan sewa, serta pasaran modal dan pelaburan.
Oleh itu, pakej rangsangan ini perlu merangkumi peruntukkan ke arah pendidikan dan latihan, pemindahan pengetahuan kemahiran, teknologi, inisiatif transformasi digital, dan lain-lain, yang akan membantu untuk memulihkan ekonomi daripada kesan Covid-19 ini dan mempercepatkan negara ke arah ekonomi baru Revolusi Perindustrian kempat.
Walaupun tiada bantahan terhadap subsidi bagi mereka yang memerlukan, namun kita juga perlu menyokong kemampuan rakyat negara ini, termasuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS), Institusi kejuruteraan, makmal sains, sekolah, universiti, organisasi keagamaan, serta belia yang dinamik dan berbakat.
Pakar inovasi ekonomi - seperti seperti Jerman, Korea Selatan, Jepun, China, dan Amerika Syarikat - kita perlu lengkapkan mereka yang layak dengan pinjaman permulaan, geran dan modal ekuiti agar ribuan perusahaan baru akan berkembang kepada ribuan pekerjaan baru dalam industri yang semakin meningkat naik ini.
Pada masa yang sama, perlu juga diperkasa transformasi digital yang diperlukan untuk mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama (SPV) 2030.
Ketika waktu krisis ini, tiada masalah untuk kita bergantung harap kepada orang lain, namun akhirnya kita perlu percaya akan kebolehan diri sendiri. Skim seperti yang dicadangkan akan memberi kebangkitan kepada ekonomi Malaysia, untuk rakyat Malaysia, oleh rakyat Malaysia.
DR RAIS HUSSIN ialah presiden/CEO, EMIR Research, sebuah organisasi pemikir bebas yang berfokuskan kepada pencernaan saranan-saranan dasar yang strategik.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.