Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sektor insurans, takaful sedia RM8 juta bagi ujian Covid-19
Diterbitkan:  Mar 27, 2020 5:04 PM
Dikemaskini: 10:21 AM

Sektor insurans dan takaful akan menyediakan dana khas RM8 juta untuk menanggung kos ujian saringan Covid-19 kepada kepada pemegang polisi.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata dana khas ini adalah untuk menyokong usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalankan lebih banyak ujian Covid-19.

Di samping itu, syarikat insurans dan takaful keluarga akan menawarkan penangguhan pembayaran premium atau sumbangan untuk tiga bulan bagi pencarum yang sumber pendapatan mereka terjejas akibat wabak ini.

Sementara itu, Muhyiddin juga memberitahu bahawa kerajaan akan menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion kepada KKM, selain  RM500 juta yang diumumkan sebelum ini.

Peruntukan ini akan digunakan untuk pembelian peralatan dan perkhidmatan untuk memerangi Covid-19, termasuk mendapatkan khidmat kepakaran perubatan daripada perkhidmatan kesihatan swasta.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS