Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes Covid-19: Amerika Syarikat kini atasi China, Itali
Diterbitkan:  Mar 27, 2020 12:44 PM
Dikemaskini: 4:44 AM

GLOBAL l Amerika Syarikat (AS) kini mencatatkan kes Covid-19 yang tertinggi di dunia yang mengatasi China dan Itali, menurut data yang dikumpulkan oleh Universiti Johns Hopkins dan The New York Times.

AFP yang memetik universiti itu melaporkan AS dengan kepadatan penduduk 330 juta itu kini mempunyai 82,404 kes, manakala Times pula mendakwa terdapat sekurang-kurangnya 81,321 orang yang diuji positif untuk Covid-19.

Setakat Khamis lalu, Itali mencatakan 80,539 kes, manakala China, tempat wabak itu mula menular mempunyai 81,285 kes.

Hospital di AS juga dilaporkan semakin kritikal manakala 40 peratus rakyat AS kini dalam perintah berkurung bagi membendung penyebaran pandemik berkenaan.

Universiti John Hopkins melaporkan sekurang-kurangnya 1,178 orang mati akibat Covid-19 di negara itu, termasuk tidak kurang 100 di New York.

Pakar juga berkata angka baru jangkitan itu menunjukkan ramai lagi rakyat AS akan mati.

Jumlah sebenar kes mungkin jauh lebih tinggi daripada angka rasmi akibat kekurangan kit ujian.

Kiraan rasmi untuk jumlah kes Covid-19 di AS diperoleh daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), yang didakwa tidak selari dengan data sebenar.

Pada petang Khamis, CDC menyenaraikan 68,440 kes.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS