Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Siasatan punca wabak rumit, makan masa, kata Dr Noor Hisham

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati bahawa jangkitan Covid-19 dari kluster himpunan tabligh di Sri Petaling , Kuala Lumpur telah merebak kepada lima generasi.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata atas sebab itu, siasatan untuk mengesan sumber jangkitan adalah rumit dan mengambil masa.

“Kalau lihat kluster tabligh sahaja, katalah ada indeks kes 71 kes indeks, dan (ia) jangkiti keluarga mereka. Keluarga mereka itu generasi pertama.

“Ahli keluarga (kemudian) jangkiti jiran, dan jiran mereka jangkiti pula kawan mereka

jadi kita lihat dah ada lima generasi jangkitan.

“Setiap orang yang jangkiti orang lain, dah lima kali, dah lima generasi,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Dr Noor Hisham menjawab soalan mengenai perkembangan psiasatan KKM terhadap corak atau pola penyebaran Covid-19, dan jika sama ada mereka berjaya mengesan sebarang kelompok atau kluster lain.

Setakat ini, KKM telah menjalankan ujian saringan kepada 13,762 peserta himpunan Tabligh.

Himpunan itu yang dianggarkan dihadiri kira-kira 16,000 orang, termasuk 1,500 warga asing, mejadi kluster terbesar Covid-19 di Malaysia setakat ini.

Daripada 2,031 pesakit yang disahkan positif wabak itu setakat ini, 1,117 orang daripadanya, atau 55 peratus, mempunyai kaitan dengan kluster itu.

Jumlah kematian di Malaysia setakat ini pula 23 orang.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS