Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Demi kemaslahatan rakyat, ekonomi perlu dibentukkan semula

ULASAN l Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pelbagai rangsangan ekonomi dan pelan bantuan yang tidak pernah berlaku sebelum ini untuk kepentingan rakyat secara keseluruhannya dan membantu mereka yang paling terkesan dengan keadaan ekonomi sekarang.

Semua ini sebagai langkah siap siaga dengan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April 2020 yang baru sahaja diumumkan.

Dunia sedang menghadapi krisis yang belum pernah terjadi sebelum ini. Pandemik Covid-19 muncul ketika dunia sedang menghadapi ketidaktentuan ekonomi global yang berterusan disebabkan oleh, antaranya, kejatuhan harga minyak dunia, perang dagangan antara Amerika Syarikat (AS) dengan China, ketegangan antara Iran dengan AS, rusuhan perkauman di India, “Deal of the Century” oleh pentadbiran Donald Trump dengan Timur Tengah yang diragui dan “debt bubble” domestik China yang berjumlah AS$ 2 trilion (RM 8.9 trilion). Semua ini berlaku dengan serentak, bukan dua atau tiga, tetapi semua sekali.

Namun, semua krisis ini telah diambil alih oleh Pandemik Covid-19. Walaupun kesan ketidaktentuan ini selalunya memberi kesan yang berlainan terhadap negara-negara di dunia, di mana negara membangun selalunya dapat menghadapinya tanpa sebarang masalah, tetapi Covid-19 menunjukkan bahawa tiada satu negara pun yang imun terhadap virus.

Ini mewujudkan satu medan permainan untuk merangsang ekonomi terhadap ekonomi yang sedang dijangkiti. Persoalannya, adakah rangsangan luar bajet ini akan mencetuskan inflasi yang berlebihan, menjejaskan kadar pelaburan, atau menyebabkan kejatuhan pertumbuhan ekonomi negara, apabila yang “penting” tidak lagi menjadi relevan, kerana setiap negara sedang berperang dengan virus ini.

Oleh itu, langkah pertama di dalam perniagaan, pada masa yang sama demi menyelamatkan nyawa, dengan memulihkan ekonomi untuk kelangsungan hidup dan pertumbuhan masa hadapan.

Justeru, pentingnya rangsangan ekonomi yang akan memastikan kelangsungan hidup rakyat pada masa yang sukar ini, dan diutamakan tanpa melihat sebarang pandangan negatif fiskal (fiscal prudence), pertumbuhan KDNK, atau rating agency factors. Fokus harus bertumpukan kepada rakyat, yang terdiri daripada individu dan keluarga mereka, dan kehidupan mereka sama ada sebagai petani, nelayan, penjaja, usahawan atau ahli perniagaan.

Rangsangan ekonomi untuk pertumbuhan masa hadapan ekonomi dan kestabilan makroekonomi, akan menjadi topik analisis masa depan yang dijalankan oleh ramai orang, demi membantu memulihkan ekonomi dengan cepat dan mampan daripada krisis kesihatan Covid-19.

Oleh kerana masa yang singkat dan negara memerlukan langkah yang drastik, kita perlu mencadangkan kepada kerajaan supaya menggunakan beberapa rizab kewangan negara bagi membiayai perbelanjaan besar rakyat demi menyelamatkan nyawa dan membentuk semula ekonomi negara. Pada masa yang genting ini, penjimatan akan “membunuh” rakyat marhaen dan keluarga mereka termasuk ekonomi negara.

Maka, pada masa sekarang ini, tumpuan kolektif kita perlu berfokuskan kepada sembilan bulan yang akan datang bermula April 2020. Walaupun kita tidak pasti bilakah Covid-19 ini akan berakhir, namun kita sebenarnya mempunyai contoh seperti wabak SARS, di mana kebanyakan negara menjalankan rangsangan ekonomi selama enam bulan sebelum kembali seperti biasa.

Berikut merupakan beberapa pertimbangan yang boleh diambil oleh kerajaan:

Untuk rakyat marhaen dan keluarga mereka:

• Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun KWSP atau baki kurang dalam akaun 2 KWSP, diberikan wang tunai berjumlah RM 500 sebulan selama enam bulan mulai April 2020.

• Pembayaran tunai seperti BSH berjumlah RM 1,000 pada bulan April, RM 2,500 pada bulan Mei dan RM 3,000 pada bulan Jun.

• Penggantungan cukai pendapatan fiskal untuk golongan M40 bagi tahun 2020.

• Enam bulan moratorium untuk semua pinjaman bank bagi individu yang terjejas oleh wabak Covid-19.

• Pengecualian selama enam bulan ke atas pembayaran faedah bagi pinjaman kad kredit untuk mereka yang terjejas oleh wabak Covid-19.

• Mulai April 2020, tunggakan pinjaman boleh ditukarkan kepada pinjaman tanpa faedah tidak melebihi satu tahun.

• Perkhidmatan kerajaan berkaitan dengan pendaftaran, lesen, permit dan sebagainya diberikan diskaun buat sementara waktu untuk mengurangkan aliran tunai seisi rumah.

• Pengeluaran dana zakat kepada penerima yang berhak.

Untuk perusahan kecil:

• Moratorium selama enam bulan ke atas semua pinjaman bank bagi PKS yang terjejas oleh wabak Covid-19.

• Pengecualian selama enam bulan ke atas pembayaran faedah pinjaman kad kredit bagi PKS yang terjejas oleh Covid-19.

• Mulai April 2020, tunggakan pinjaman boleh ditukarkan kepada pinjaman tanpa faedah tidak melebihi satu tahun.

• Rebat 25 peratus ke atas bil utiliti untuk dua bulan pertama, dan 15 peratus untuk empat bulan seterusnya.

• Diskaun 50 peratus ke atas sewa pasar dan gerai selama enam bulan - sehingga September 2020.

• Kerajaan menanggung pembayaran cuti sakit bagi perusahan kecil selama 14 hari.

• Perkhidmatan kerajaan berkaitan dengan pendaftaran, lesen, permit dan sebagainya diberikan diskaun buat sementara waktu untuk mengurangkan aliran tunai PKS.

• Kadar niaga (Business rate) dimansuhkan selama setahun untuk perusahan kecil yang terjejas oleh Covid-19.

• Peruntukkan berjumlah RM 100 juta disalurkan kepada Institusi Kewangan Pembangunan (DFI) untuk membantu perusahan yang terjejas teruk oleh Covid-19.

• Syarikat yang mempunyai kakitangan sehingga 250 orang boleh memohon pinjaman antara RM 250,000 hingga RM 500,000.

• Diskaun 30 peratus untuk pembayaran sewa tanah kepada semua pengguna tanah bagi tahun 2020.

• Pengurangan cukai korporat daripada 24 peratus kepada 18 peratus untuk semua hotel bagi taksiran tahun 2020.

Untuk barisan hadapan yang telah bertungkus-lumus:

• Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal dinaikkan daripada RM 750 kepada RM 1000 mulai April 2020 sehingga wabak ini berakhir.

• Elaun bulanan berjumlah RM 500 mulai April 2020 sehingga wabak ini berakhir untuk doktor perubatan, jururawat dan kakitangan perubatan yang berusaha keras di hospital dan klinik. (Model daripada Sarawak)

• Elaun bulanan berjumlah RM 500 mulai April 2020 sehingga wabak ini berakhir untuk pegawai imigresen yang menjaga pintu keluar masuk Malaysia. (Model daripada Sarawak)

• Elaun bulanan berjumlah RM 500 mulai April 2020 sehingga wabak ini berakhir untuk anggota PDRM dan pegawai yang bekerja keras dalam memastikan sekuriti dan keselamatan rakyat Malaysia terjamin. (Model daripada Sarawak)

• Elaun bulanan berjumlah RM 500 mulai April 2020 sehingga wabak ini berakhir untuk pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengendalikan sempadan dan membantu polis dalam mengekalkan undang-undang dan Perintah Kawalan Pergerakan. (Model daripada Sarawak)

• Makanan percuma: menyediakan bantuan khusus bekalan makanan kepada doktor dan kakitangan perubatan yang terlibat dalam ujian, diagnosis dan merawat pesakit berisiko Covid-19 mulai April 2020 sehingga wabak ini berakhir.

Rangsangan ekonomi yang akan dibentangkan oleh kerajaan ini dijangkakan besar jumlahnya walaupun ia akan dilaksanakan untuk tempoh masa yang terhad, antara 6-12 bulan.

Tetapi disebabkan rangsangan ini terletak pada fokus dan penekanannya untuk memberi wang kepada mereka yang terkesan semasa wabak pandemik ini menular, ia memberi sinar dan juga memberi rangsangan kepada kesan berganda perbelanjaan yang akan dibelanjakan untuk memulihkan dan mempercepatkan ekonomi yang sedang dijangkiti ini kepada lebih banyak kegiatan ekonomi selagi gus membawa negara ke arah keamanan dan kemakmuran.

Fokusnya adalah untuk terus hidup dan bersedia dalam membentuk semula ekonomi negara.


DR RAIS HUSSIN ialah presiden/CEO, EMIR Research, sebuah organisasi pemikir bebas yang berfokuskan kepada pencernaan saranan-saranan dasar yang strategik.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS