Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Covid-19: RM63 juta untuk bantu warga Wilayah Persekutuan

Sebanyak RM 63 juta diperuntukan bagi membantu warga Wilayah Persekutuan yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19 melalui inisiatif wilayah cakna, kata Annuar Musa.

Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa berkata, usaha itu turut mendapat sokongan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAWIP) serta Yayasan Willayah Persekutuan.

Beliau berkata, bantuan akan diagihkan dalam pelbagai bentuk membabitkan tiga kluster.

"Lebih RM5 juta diperuntukan untuk kluster pertama membabitkan lebih 5,000 petugas-petugas di Wilayah Persekutuan.

"Kluster kedua kita bantu pesakit-pesakit dan mereka yang diistilah PUI (pesakit dalam siasatan)...kita sedia peruntukan sebanyak RM3 juta sebahagian besar daripada MAWIP.

"Kluster ketiga, peruntukan cukup besar melebih RM50 juta bantuan kepada warga masyarakat Wilayah Perkutuan termasuk penjaja, peniaga kecil sederhana (PKS)," katanya dalam satu sidang media yang disiarkan secara langsung di Facebooknya, hari ini.

Pada 19 Mac lalu, Annuar mengumumkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan mengenakan sewa sebulan kepada perniagaan yang menyewa premis DBKL, serta bantuan kepada 500 pekerja harian DBKL.

Ia susulan perintah kawalan pergerakan selama dua minggu yang berkuat kuasa semalam hingga 31 Mac ini bagi membendung penularan koronavirus Covid-19.

Selain daripada pengecualian sewa, Annuar yang juga MP Ketereh mengumumkan 500 pekerja harian DBKL akan mendapat bayaran penuh walaupun mereka tidak bekerja sepanjang tempoh 14 hari perintah itu.

"Berkenaan 806 orang yang dikuarantin di Masjid SRi Petaling di Kuala Lumpur, makan dan minum mereka ditaja dengan dana sehingga RM300,000," kata menteri pada pengumuman yang dibuat stesen penyiaran rasmi kerajaan, RTM.

Hari ini Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumum lanjutan perintah kawalan pergerakan yang sepatutnya berakhir 31 Mac ini kepada 14 April.

Annuar berkata bantuan sebanyak RM500 dalam bentuk :one off" kepada warga Wilayah Persekutuan yang positif Covid-19 serta sumbangan sebanyak RM2,500 kepada ahli keluar yang mana ada kematian disebabkan Covid-19.

Pihaknya juga akan menyalurkan bantuan berupa peralatan kepada hospital-hospital berada dalam Wilayah Persekutuan.

Bagi penyewa rumah DBKL dan perumahan rakyat pula, diberikan pengecualian sewa sebulan bagi bulan Mac dan penagguhan bayaran sewa selama dua bulan untuk April dan Mei.

Jelas Annuar pengecualian itu ia bakal dimanfaat hampir 70,000 keluarga dan bagi tujuan itu DBKL menanggung kos sebanyak RM 5 juta.

Pengecualian bayaran selama enam bulan juga turut diberikan kepada pembeli rumah DBKL yang membuat pinjaman melalui anak syarikat Yayasan Wilayah Persekutuan.

Katanya, pengecualian sewa bulanan selama tiga bulan, Mac, April dan Mei juga turut diberikan kepada 6,000 penyewa premis perniagaan melibatkan kos sebanyak RM4.2 juta.

"Pemegang lesen sebanyak 17,617 di bawah kategori baza ria, 'food truck', kedai tepi jalan, pasar malam dan sebagainya kita setuju bagi bantuan sumbangan kepada peniaga-peniaga ini, melibatkan dana DBKL lebih RM8 juta.

"Dengan kerjasama MAIWP kita nak tambah lagi bantuan kepada 6,000 peniaga yang mungkin tercicir, melalu skim tambahan ini yang akan dibiayai MAIWP RM3 juta.

"RM12 juta bantuan 'one off' kepada peniaga dan penjaja di Wilayah Persekutuan," katanya,

Selain itu, bantuan kewangan kepada asnaf akan disalurkan melalui bantuan zakat khas sebanyak RM500 ringit satu keluarga dengan kerjasama MAIWP.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS