Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
UDA salur bantuan RM100,000 untuk hospital
Diterbitkan:  Mar 25, 2020 3:52 PM
Dikemaskini: 7:52 AM

UDA Holdings Berhad menyumbangkan lebih RM100,000 bantuan berupa barangan dan keperluan bagi membantu hospital serta petugas perubatan barisan hadapan dalam mengatasi penularan pandemik Covid-19 di Malaysia.

Sumbangan tersebut disalurkan terus ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Hospital Sungai Buloh yang sedang dalam kesiapsiagaan menghadapi peningkatan kes dari semasa ke semasa.

“Kami menghargai penat lelah dan usaha berterusan petugas perubatan barisan hadapan yang bertungkus-lumus menangani penularan Covid-19.

“Dengan jumlah kes yang semakin meningkat, pihak hospital semestinya memerlukan pelbagai bantuan dalam melaksanakan usaha-usaha mereka,” kata presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif UDA Mohd Salem Kailany.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS