Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Suruhanjaya Tinggi British minta warga UK tinggalkan M'sia

Suruhanjaya Tinggi British di Malaysia pada Selasa mencadangkan rakyatnya untuk pulang ke United Kingdom (UK) secepat mungkin, susulan nasihat perjalanan terkini yang dikeluarkan negara itu berikutan pandemik COVID-19.

Pesuruhjaya Tinggi Charles Hay, dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam media sosial Suruhanjaya Tinggi itu, menggesa warga UK berbuat demikian sementara perkhidmatan penerbangan masih ada.

"Saya serta kakitangan pejabat Suruhanjaya Tinggi bekerjasama rapat dengan kerajaan Malaysia untuk cuba terus memastikan terdapat penerbangan bagi membolehkan warga UK kembali ke negara mereka.”

Beliau turut menasihatkan rakyat UK yang menetap di Malaysia supaya mematuhi arahan serta nasihat dikeluarkan pihak berkuasa.

Pelancong yang memutuskan untuk terus berada di sini, dinasihatkan membuat perancangan yang rapi. Kerajaan UK hanya akan mengaturkan proses penghantaran pulang jika keadaan luar jangka berlaku.

Kerajaan UK, melalui Pejabat Luar dan Komanwel (FCO) pada Isnin mengeluarkan nasihat perjalanan kepada pelawat Britain yang melancong ke luar negara untuk balik ke negara asal secepat mungkin.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS