Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Khidmat hantar makanan di Melaka hanya sampai 8 malam

Operasi perkhidmatan penghantaran makanan seperti Foodpanda dan GrabFood di Melaka hanya dibenarkan beroperasi bermula tujuh pagi hingga lapan malam setiap hari sepanjang tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bagi mengawal wabak Covid-19.

"Keputusan itu diputuskan hari ini dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Khas Keselamatan Negeri Melaka hari ini," menurut kenyataan kerajaan Melaka.

Selain itu, kenyataan itu memberitahu bahawa tempoh operasi stesen minyak bagi perkhidmatan pengisian petrol dan diesel kini dibenarkan bermula enam pagi hingga 11 malam.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS