Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dana S’gor Prihatin Covid-19 disalur ke penyelaras bukan wakil pembangkang
Diterbitkan:  Mar 24, 2020 12:31 PM
Dikemaskini: 4:31 AM

KORONAVIRUS l Dana Pakej Selangor Prihatin Covid-19 tidak akan disalurkan secara langsung kepada sembilan wakil rakyat pembangkang di Selangor tetapi akan diselaraskan oleh Adun Pakatan Harapan (PH) yang dipilih.

Berikutan kritikan terhadap tindakan itu, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari - Borhan Aman Shah - mengeluarkan penjelasan malam tadi.

“Dato' Menteri Besar Selangor telah mengumumkan Pakej Selangor Prihatin Covid-19 di mana salah satu inisiatif tersebut adalah penambahan skop peruntukan Program Mesra Rakyat dari RM 20,000 kepada RM 30,000.

“Inisiatif ini adalah terpakai untuk semua 56 DUN di negeri Selangor.

“Bagi kawasan DUN pembangkang, peruntukan ini akan diselaraskan oleh penyelaras DUN yang dilantik oleh kerajaan negeri atau penyelaras sementara di kalangan ahli parlimen, ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri atau ADN yang berdekatan secara geografik dan lokaliti.

“Inilah amalan kerajaan negeri sejak dahulu lagi dan bukan kali pertama diadakan,” katanya.

Pemimpin pembangkang Selangor, Rizam Ismail sebelum ini membidas kerajaan negeri dan menuduh PH "mempolitikkan" dana apabila ia sepatutnya bekerjasama dengan semua pihak untuk membendung penularan virus itu.

Borhan walau bagaimanapun menafikan tuduhan Rizam itu dan mengulangi bahawa Pakej Covid-19 Selangor akan dilaksanakan menerusi penyelaras di kerusi-kerusi yang dimiliki oleh pembangkang.

Wakil-wakil pembangkang di negeri itu adalah Rizam Ismail (Sungai Air Tawar) dan rakan-rakannya dari BN-Umno Mohd Imran Tamrin (Sungai Panjang), Rosni Sohar (Hulu Bernam), Mohd Shamsudin Lias (Sungai Burong) dan Zakaria Hanafi (Semenyih).

Turut dikecualikan daripada menerima peruntukan secara langsung itu adalah wakil rakyat adalah PAS Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang) dan pemimpin Bersatu yang berpaling tadah dari PH. Mereka termasuk Abdul Rashid Asari Bersatu (Selat Kelang), Azmin Ali (Bukit Antarabangsa) dan Hilman Idham (Gombak Setia).

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS